About Me

My photo
A man in his own way, dark as night, bright as sunshine. I live by my own rules. There's nobody else in my life but my family and friends.

Sunday, August 17, 2008

Kemuliaan 2

Aku walaupon sudah faham dengan situasi yang berlaku, buat2 muker "Hah? What is going on?!" ke arah kak Ira yang tersengih2 dengan bffs-nyer, kengkonon mengcover gelak tawa di sebalik purse kulit tiruan Von Dutch yang dibawanya itu.

"Itu nyah dek oii... Sini macam2 spesis umat ader, tulen, tukar, keras... Mesti kes kene tipu tu. Kengkadang jantan2 *tut* *tut* buat la perangai macam tu. Bayar separuh, jalan, pastu antar balik buat bodo jer," kate Kak Ira sebelum beliau menyambung lagi ayatnyer selepas berhenti membuat muke kera betina sumbang. "Naseb jantan tu la baek, nyah tadi tu ngok siket. Selalunyer puak2 die combine kalo2 kes camni jadi. Kalo tak dah kene bunuh dah dengan gerombolan puak2 die tu,"

"Tapi kalau amoi terjamin sikit, ader yang dah ader bapak jager," Sampuk Kak Mila.

"Akak2 takder orang jage ke?"

"Ade pon macam takde," Kate Kak Ira. Tangannya melambung2 perlahan kotak rokok Dunhil 20 dalam tangan, mungkin sebab aku di situ jadi die tak keluarkan sebatang untuk dihisap.

”Selalu kerja muler dari pukol berape sampai pukol berape?”

”Xder timing sebenanye, tapi dalam pukol 10 tu akak keluarla dari rumah ngan kengkawan akak ni~” Kak Ira senyum. Gigi die jauh lagi putih dari aku. Balik ni aku nak baling Colgate Whitening, tak berkesan lansung!

”Kengkadang kami kerja sampai 3-4 pagi. Itu macam waktu tetap. Dalam dok nunggu2 orang, nanti datangla emmm... wakil kutip duit dari kami,”

Belum sempat aku meneruskan soalan seterusnya dari topik yang sama, seorang lagi watak protagonis dalam penceritaan aku arini lalu di depan mata kami berempat.

"Bee, Bee," Kelui Kak Aya. Tangan gebu ayamnya seraya menyambar lengan keding wanita berjalan tadi namun tanpa sebarang insiden gugur tangan berlaku, wanita tadi yang digelar Bee menyahut.

"Laa... Hangpa kat sini ka? Ingat sapa tadi ada budak sekolah ni," Bee mengushar aku seperti 'tak padan ngan kechik hormon mengalahkan bapak gajah' dengan aku membalas seyuman tawar ke arahnya. At least die tidak meneruskan muka masamnya ke arah aku kerana sempat melemparkan sedikit senyuman sebelum beralih berborak dengan akaks2 Charlie's Angel ini.

"Anak hang macam mana la ni?"

"Okay dah la sikit, mak aku hantaq pi hospital dah."
Aku macam sedikit terkedu. Sempat aku mengecilkan mate sepet aku ni sebelom mane2 akak2 nie perasan yang aku baru membuat muker ”HAH?! Betulkah ape yang aku dengar nie?!”

Rupa-rupanya ader juge antara mereka ni yang dah kawen, beranak. How do they manage their life like this? Ape kate orang ramai kat anak2, laki diorang? Maybe Kak Ira, Kak Aya dan Kak Mila pon dah berkahwin kot (Ini semua sekadar monolog dalaman, nak mampus tanyer soalan sensitif camtu?!)

Tetiba Kak Aya menghulurkan sesuatu ke dalam tangan Kak Bee yang maseh dipegang setengah erat, ianya berupa sepucuk surat kertas coklat.

Aku yang time tue sedikit prejudis ngan tagline 'Ibu Murahan' tadi tersentak sedikit. Macam nak kene tembak balik je aku?

-Paused-

No comments: