About Me

My photo
A man in his own way, dark as night, bright as sunshine. I live by my own rules. There's nobody else in my life but my family and friends.

Sunday, August 17, 2008

Kemuliaan 3

"Weiii, takpa ah, hangpa nii~~!" Muka Kak Bee serius, raut wajah menggambarkan bahawa beliau berasa malu dengan pemberian itu namun kilauan mata disebalik eyeshadow hitam berkilat melihatkan kepada aku yang tadi kononnya mulia daripada penjual2 body ini bahawa kehidupan seseorang bukan boleh dinilai melalui perjalanan hidup yang dipilih namun hati yang tercemar masih mampu memberikan sedikit sinar kepada seseorang atau tidak. Ya, aku akui, dalam berfikiran sedikit paisis dekat makhluk tuhan, terang2 Dia maha mendengar dan nak menunjukkan jangan menghakimi orang awal2.

"Ni sikit ja, nanti kalau ada lagi kami bagi. Hang jaga anak hang elok2.." kata Kak Aya.

I was a bit touché at that time, so untuk mengelakkan daripada termalukan diri sendiri dekat situ, aku pon mencelah cepat2.

"Erm, Kak Ira, saye gerak dulu. Makanan dah sampai... Mekasih ek?"

"La...kejap je? Okay~" kater Kak Ira sambil mengerut dahi.

"Makan baik2, nanti2 kalo jumpe janganla sombong nak tego pule," Kak Mila menambah.

"Okay..." jawabku, perlahan2 bergerak merentas taman kecil tu untuk kembali ke meja makan.

Aku menghela nafas panjang. Aku simpan notebook ngan pen tadi ke dalam poket, takde ape2 pon yang aku tulis namun semuanya terekod dalam otak yang tak seberapa genius nih.

Sampai ke meja makan, makanan dah terhidang. Biasalah, mak buat muka marah ala2 naga citer Shrek namun seperti biasa juger aku duduk buat macam takde ape2 yang berlaku ala2 Donkey yang memang kepale sengal.

Kat sini aku tak mau menulis berkenaan ’pengajaran dan nilai-nilai murni daripada cerita ini’ macam summary skolah rendah cos aku rase korang yang membace pon boleh menangkap sendiri segala bandalah tersebut sacara subjektif (banyak kot ilmu non-academic yang korang akan dapat dari aku kalo korang adalah aku time tu), but sebagai kawan kome yang baik hati, seriusli tolongla jangan anggap mereka2 ni semuanya jahat2 belaka, hina pada mata tuhan, mereka memang SUKER ala2 terpilih masuk America’s Next Top Model untuk membuat pekerjaan sebegini. Aku lebih membenci para2 masjidians yang mencebik muka atau berasa riak dalam diri biler lalu depan insan2 ini, sebab korang tak jauh beza dengan kaum jahiliah dulu2 yang memandang kaum lain sampah.

Korang != (mulia) && (Terjamin masuk syurga).

Aku harap lebih banyak rakan2 aku akan membuka mata lepas membaca karangan ni. Daripada kenangan masa lampau untuk y’allz my beloved friends....

Ps - Well, semuanya sampai ke situ saje sebenarnye. Nak borak panjang tapi takde mase but it was an experience to me. Sepanjang makan aku lebih banyak diam namun dalam otak ligat berfikir pasal pengalaman walaupon singkat tetapi berjaya membuka mata sepet aku nie. Since then Ive never seen them again. Although a couple time aderla nampak angkat2 tangan dan kengkadang tak perasan (siang2 diorang tak pakai mekap2 80-an nih) tapi memori ni segar lagi dalam ingatan aku.

-Ended-

3 comments:

umi_e said...

Salam... tingginya falsafah dia... kak e baca dengan perlahan dan berhati-hati untuk memahami kandungan dan isi :P

umi_e said...

Alex... bila nak update kat sini...

Linlin said...

try lorong hj taib plak. tp cam scary.