About Me

My photo
A man in his own way, dark as night, bright as sunshine. I live by my own rules. There's nobody else in my life but my family and friends.

Sunday, August 17, 2008

Kemuliaan

Ingat lagi zaman2 STAR dulu, kengkadang keluar outing ngan kawan2 naik bas ke Medan Kidd mesti lalu depan stesen keretapi ala2 bangunan English tu. Skang pon masih lalu depan tu jugak kalau keluar pusing2 Ipoh dengan kawan2 UTP. Sesekali, terkenangkan waktu lalu malam2 kat kawasan ni mase aku form 4. Usah ditanya ape yang aku buat malam2 aku kuar ke Ipoh sampai sini, tapi baiklah aku huraikn dulu sebab sebenar...

1) Outing ngan parent

2) X balek umah, tido hotel

3) makan kat stesen ketapi

So, nak dijadikan citer, aku nih jenis kiuries sebenarnye mude2 dulu. Nak dipendekkan citer dengan membuang banyak monolog2 dalaman dalam minda aku time tu (kalo tulis sini panjang berjela), aku memberanikan diri bercakap dengan salah seorang 'tukang servis' yang tengah me'market'kan body kat taman depan stesen ketapi tuh kerana kekiuresan aku asyek bertanya bagaimana hidup seorang [Masukkan perkataan yang anda rasa sesuai].

Tanpa segan silu, aku buatla ayat rekaan kat akak tu (ya, beliau memang seorang wanita) bagitau aku ni student skolah nak buat rencana sket. sebelom dapat bertanya ape2 kat die, muler2 aku sendiri yang kene interview dengan soalan pertama "Apekejadahnye ko malam2 bute ade kat sini nih adek?!"

"Kuar makan ngan parents kat sane haaa..."

"Yang datang sini kenape?" Muka bujur, mata bentuk kacang hazel, kening lukis. Bagi aku dia nih lawa kalo tak kerana mekap Madonna yang dia pakai kat muka. Berbadan average.

"Saye nak buat rencana kak. Nak masok bertanding,"

"Citer pasal akak ke?"

"Aah~"

"Ingatkan nak buat langganan tadi," Aku dengar kawan2 yang duduk dekat2 die gelak ala2 hyena. Muler rase cam nak bagi penampar je kat En Kiuries dalam otak aku nih! Tapi alang2 menyeluk pekasam biar sampai kena satu badan, aku pon join gelak sipu2.

"Takdelah...Erm, kak name ape?"

"Panggel je Kak Irah. Taknak dudok ke? Berdiri lame2 boleh lenguh kaki tau? Dolphin lemah nanti" Telinga aku dah prepare nak kene gelak buat kali kedua, yang pada hakikatnya memang betul berlaku. Minah2 yang gelak tadi tanpa semena2 turut mempromote diri masing2. Kak Aya berbadan sedap, hidung bulat dan berwajah keibuan manakala Kak Mila size2 Kak Irah, cume berahang besar, muka ala2 kakak Ugly Betty (My fav series you know?!). Aku terbayang kalau ini bukan laluan yang diorang pilih, mungkin mereka dah bersuami dan beranak-pinak sebab masing2 kalau diikutkan logik akal dan pandangan materialistik memang ada rupa, mustahil xde laki yang nak buat bini.

*Sapu2*

Aku kerling kat meja makan tempat parents aku dudok. Mesti diorang ingat aku buaser dalam toilet nih. Nasib baik tak nampak makanan terhidang di atas meja lagi, nanti mak aku tu mule gapah sebab tak sampai2 lagi aku ke meja makan. aku budget betul2 dekat bahagian aku sapu tadi untuk duduk, beberapa inci (banyak incinya) daripada kak Ira.

"Macam nilah kami malam2 dek... Kat sini carik rezeki," Kak Ira muler bercakap macam dah pro bab2 membaca minda orang. Aku capai notepad dalam poket seluar dengan pen 3 inci dapat mase pertandingan public speaking untuk menulis ape yang aku rase patut.

"Dah berape lame akak kat sini?"

"Uiiihhh~! Lame dah!!! dari tahun 1990-an lagi. Nak ke mane lagi kalo kat sini port akak. Pergi tempat lain, port orang lain. Tempah maut namenye~" Maybe she was like 18 time mula2 join ‘bisnes’ nih (NO, jangan gatal2 mulut nak buat bisnes plan SBE guner idea nih kalau xnak kene pelangkong dengan Dr Sarinjet!), so ikutkan dah 30++ dah Kak Irah ni.

Tetiba ada suatu suara jeritan ala2 merak tercekik ikan talapia menyelinap masuk ke telinga aku yang agak fragile tatkala ini. "BELLACccAANNNN!!!" Nyaring, sedikit lari pitching dan tidak menggunakan suara perut, wanita yang menjerit tadi kelihatan bagai [pelakon utama Gol & Gincu] time gadoh di clubbing menjerit ke arah sebuah motosikal yang telah berlalu pergi memecut laju.

-Paused-

No comments: